Wednesday, 16 May 2012

Maha Besar Allah

Assalamualaikum and Hello guys. Kindda bored at home, so aku amik keputusan untuk berkongsi cerita seorang artis ini. Ini bukanlah gossip semata-mata tetapi ini merupakan pengajaran untuk semua terutamanya untuk diri aku sendiri. Jom kita check it out...
KEPALA YAT MELEKAT
Pengalaman seorang pelakon Yatt Hamzah. Semoga dijadikan iktibar dan pengajaran kepada pembaca-baca di luar sana.

Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

Besarnya kuasaMU Ya Allah. Mudah-mudahan Allah membuka pintu hatiku. Diharapkan kita dapat bersama-sama mengambil pengajaran dan mendapat hikmah untuk memperbaiki diri menjadi seorang Muslim dan Muslimah yang baik pada pandangan Allah. Insya Allah
Thanks for reading.