Friday, 18 May 2012

Maafkan Aku

Assalamualaikum and hello peoples. Currently in really upset mood. Patah seribu hatiku bila mengenangkan segala yang berlaku. Walaweyhh... Kenapa lelaki kejam sangat? I mean bukan semua lelaki. But some of them. Yes! Korang kejam. Selalu buat perempuan menitiskan air mata. Menangis mengenangkan apa kesalahan diri walaupun pergaduhan bukan dimulakan oleh pihak perempuan. Umpphh... Kenapa aku sahaja yang harus mengalah sedangkan bukan aku yang mulakan pertelingkahan? Kenapa aku yang harus memujuk sedangkan bukan aku yang bersalah? Apa susah sangat ker kau nak turunkan ego kau untuk aku. Kau kata kau sayang aku, tapi ego kau sungguh tinggi. Tersangatlah tinggi umpama KLCC! Kau tak pernah peduli perasaan aku. Ketahuilah yang aku tak sekuat mana pun nak tanggung semua dugaan sorang-sorang. Kau jahat, kau selalu buat aku sedih dan menangis. Tapi... aku peduli semua tu sebab aku sayang kau sangat-sangat. Sayang sangat-sangat! Hati aku sakit bila kau tidak memperdulikan aku. Hati aku cepat lembut bila kau merayu meminta maaf. Kenapa aku lemah bila berdepan dengan kau? Semuanya sebab AKU SAYANG KAU. Maafkan aku kerana tidak boleh mampu menyimpan sedikit pun perasaan marah terhadap kau. Maafkan aku!

Thanks for reading.