Sunday, 20 May 2012

Bahagianya rasa

Assalamualaikum dan selamat malam semua... Ahlal wasahlan. Saya telah menggunakan Bloggeroid untuk meng-update posting saya pada kali ini. Pertama sekali, Syukur Alhamdulillah! Allah makbulkan doa aku. Aku sudah berbaik semula dengan Babyboy ku, Pejal sayang. Syukur sangat-sangat. Memang aku akui yang aku sangat- sangat menyayangi dirinya. Dia didalam hatiku. Tiada insan lain selain DIA. Ya Allah, terima kasih diatas kurniaanMU ini. Terima kasih kerana masih memberi kami peluang untuk bersama. Selepas beberapa hari kiteorang mengisytiharkan "perang besar" dalam hubungan kami, akhirnya kami telah mengambil keputusan untuk berbaik semula. Alhamdulillah! Pejal berjanji untuk berubah demi kebaikan aku dan dia. Aku akan belajar untuk lebih menghargai dirinya selepas ini. Insya Allah. Terima kasih Allah. Terima kasih sayang. I love you. Semoga hubungan kita kekal selama-lamanya. Amin :)

Thanks for reading.