Thursday, 26 January 2012

Gedik gedik di GSC Signature

26 JANUARI 2011- MOVIE TIME 
Okey! Semalam aku abis kerja terus punch out. Dah lah masuk opening, pastu tak break-break sampailah dah balik pukul 3 petang. Apa lagi break pukul 3, 3.30 terus punch out. Malas nak kerja lama-lama sebab aku meluat dengan manager yang akan masuk petang tu nanti. Hell yeah! Abis kerja... aku dengan cik abang tersayang tak tahu dah nak pergi mana. Lepas teman Kak Miera pergi shopping, kiteorang pun buatlah keputusan nak pergi tengok wayang. Niat hati hanyalah GSC Mid Valley memandangkan semalam hari rabu yang bermaksud semua tiket berharga RM7 sahaja. Tapi apakan daya... Barisan untuk membeli tiket terlalu panjang dan kalau kami beratur... yakni pukul 6 petang pun belum tentu dapat tengok movie nya. HAHA. Apadahal! So, disebabkan kiteorang kaya awal-awal bulan nie (bak kata Pejal) Kiteorang pun buatlah keputusan untuk tengok wayang dekat GSC Signature, The Gardens. Kaya tak kaya? AHAHA. Panggung nie just tayang movie orang putih jee. So semalam aku tengok cerita The Viral Factor. Cayalaah! Cerita memang gempak. 18 tahun ke atas. Untung aku dah 19. HAHA. Btw, puas hatilah bayar RM52 semalam. Tiket untuk 2 orang RM52. Korang kena percaya jugak okey. HAHA.

Thanks for reading.