Sunday, 6 November 2011

Tentang Syahirah

5 SEPTEMBER 2011- ITS ALL ABOUT ME
(2) Semalam aku dapat taggies dekat chatbox aku. Walaweyh... Disebabkan dah lama tak amik tag-tag ni, sumpah dah rasa malas nak buat. But than its okey lah sebab aku pun tengah bosan nie kan. Hurmm! So, check it out baby. 20 facts about myself :)
20 FACTS ABOUT A LITTLE GIRL NAMED SYAHIRAH
1- Nama penuh seperti yang tertera didalam kad pengenalan ialah Siti Norsyahirah Binti Jefri
2- Berumur 18 tahun 8 bulan
3- Hanya mahu dikenal sebagai Syera. Maaf! Tiada panggilan lain selain Syera
4- Status aku adalah masih singlee tapi dalam hati sudah berbunga-bunga
5- Seringkali dipermainkan oleh manusia yang digelar lelaki
6- Sudah kehilangan seorang mama tapi masih mempunyai seorang ayah. Anak yatim lah katakan
7- Perangai keras kepala sudah menjadi sebati dalam diri
8- Terlalu mudah percaya dengan pujukan orang
9- Mempunyai tahap ke-ego-an yang paling maksima.
10- Amat susah untuk mempercayai kata-kata cinta yang keluar dari mulut lelaki
11- Tidak gemar berkawan dengan orang yang sama jantina kerana aku merasakan mereka sangat-sangat memeningkan
12- Tak suka karaoke kerana aku memang tidak ditakdirkan untuk menjadi penyanyi
13- Main bowling sudah menjadi kepastian kerana disitu sahajalah tempat untuk aku melepaskan kemarahan
14- Aktiviti sentap menyentap sudah menjadi sebahagian daripada kamus hidup aku
15- sedang belajar untuk mengenali maksud "cinta" yang sebenarnya
16- Seringkali berusaha untuk menjaga hati semua orang tanpa menyedari ada terasa dengan perangai aku itu
17- Sentiasa keliru untuk membuat keputusan yang melibatkan masa hadapan
18- Sangat-sangat kuat makan walaupun badan kurus melidi
19- Tak suka dikejaar tapi memang suka mengejar. Semakin seseorang itu jual mahal, semakin agresif untuk aku dapatkannya
20- Terima lah diri aku seadanya kerana tiada manusia yang sempurna didunia nie

#Dah siaap. Thanks untuk siapa yang kasi taggies ne ok. Chaw :)
USHA LAA SAYANG

Thanks for reading.