Sunday, 6 November 2011

Redhalah dgn keputusanku

6 NOVEMBER 2O11- BILA RASAKU INI RASAMU.
Selamat tengah malam semua. Mood tengah rajin nak berblogging sudah mari. Apa laaagi... baca lah sampai lebam okey. HAHA. Aku sekarang dalam fasa untuk mengenali seseorang. Yes! Aku mengaku aku sedang berbahagia sekarang. Aku harap kebahagiaan ini akan berkekalan sampai bila-bila. Adakah ini yang dinamakan jatuh cinta?  Erm, sebenarnya jatuh cinta itu memang mudah tapi nak mempertahankan cinta itu sangat lah susah. Banyak halangan dan dugaan tuhan akan turunkan jika kita tidak berhati-hati. Aku nak kongsi apa yang aku rasa semenjak hati aku kembali berbunga-bunga nie. Aku tak tahu adakah ini yang dinamakan cinta. Tapi aku rasa ya kowt! Mungkin ini cinta. HAHA. Aku selalu ingatkan diri aku supaya jangan menyakiti hati sesiapa. Aku sedang cuba untuk berbuat demikian. Menjaga hati semua orang yang aku sayang dan semua orang yang menyayangi aku. Aku harap tiada yang terluka andai aku tidak memilih salah seorang dari kalian. Ermm~ Macam yang aku selalu kata>>> Kita tak boleh paksa perasaan kite untuk suka dekat seseorang tuh. Biarlah ianya datang dengan sendiri. Kite jugak tak boleh nak halang orang untuk jatuh cinta dengan kita kerana perasaan sayang dan cinta itu akan datang dengan pantas tanpa memberi sebarang petunjuk bahawa ianya akan hadir. Kadang-kadang tu, ianya datang tanpa kite sedari. So, bersedialah untuk terima apa jua keputusan kerana apa yang dirasakan terbaik adalah untuk kebaikan diri sendiri jugak. bye
JUST THE WAY YOU ARE

Thanks for reading.