Sunday, 6 November 2011

Hari makan

O6 NOVEMBER 2011- RAYA TAPI TAK RAYA
Assalamualaikum. First of all, hari nie hari Ahad 06 November bersamaan dengan 10 Zulhijjah. Umat islam diseluruh dunia telah menyambut salah satu perayaan terpenting didalam kalender islam iaitu Hari Raya Aidil Adha. Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam. Kepada yang pergi menunaikan haji tu, selamat menunaikan haji. Semoga selamat pulang ke tanah air dan semoga ibadah yang dilaksanakan di tanah suci itu mendapat keberkatan Allah. Hari Raya haji aku tidak seperti raya haji orang lain. Aktiviti aku hanya lah makan tidur, makan tidur sahaja. Sumpah takde life kan. HAHAHA. Hari nie dah 5 kali aku makan. Mana taknya, lauk lauk semuaa... Pergggghhhhh! Terliurr! Nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, sayur lodeh, nasi lemak, sambal sotong dan tidak ketinggalan sataaay. Walaweyhhh *_* Memang hari makan lah katakan. Lepas makan, tidurr. Lepas tu bangun balik than sambung makan laagi. Hari ini boleh aku kira sebagai hari menggemukkan tubuh badan. Cuaca pulak sayu jee. Asyik hujaan 24 jam. Memang kuyu lah mata bila perut kenyang kan. LALALALA. So yeah, aku nak sambung makan lagi. Nak makan nasi impit pulak lepas melantak 2 pinggan nasi lemak tadi. Ceeetttt... Jangan terkejut kalau berat badan aku naik mendadak nanti okey. Chiaaw.
JOM MAKAN

Thanks for reading.