Sunday, 6 November 2011

I hope you read this bro

06 NOVEMBER 2011- MAAFKAN AKU DIATAS KESALAHANKU
Walaupun hari ini bukan Hari Raya Aidilfitri yang membolehkan aku untuk memohon ampun dan maaf dari korang, aku tetap nak cakap Sorry dekat someone nie. Aku tahu aku bersikap terlalu kejam terhadap dirinya. Tapi apa kan daya... Aku hanyalah manusia biasa yang sering melakukan pelbagai kesilapan tanpa kesedaran diriku. First of all, I'm sorry brother. Aku terpaksa menjauhkan diri aku daripada kau. Bukan niat aku untuk membenci kau, tetapi tindakan aku itu hanyalah sekadar untuk merenggangkan jarak antara kita berdua. Aku tidak mahu kau terlalu berharap dengan aku. Menagih perasaan kasih dan sayang dari aku dimana aku sendiri tahu aku tidak mampu untuk membalasnya. Yes! Secara jujurnya aku mengaku memang aku sayang kau tetapi sayang aku hanyalah sekadar seorang kakak dan adik. Tidak lebih daripada itu. Tindakan kau mengongkong aku membuatkan aku rimas apabila bersama dengan kau. Pandangan mata kau terhadap aku mempunyai satu makna yang aku sendiri tidak dapat tafsirkan. Aku tidak mahu kau melakukan segala-galanya kerana aku. Aku sayang kau dik so aku tak mahu kehilangan kau. Maafkan aku kerana tidak mengangkat panggilan dari kau. Maafkan aku kerana tidak membalas sebarang SMS yang kau hantar kepada aku. Maafkan aku kerana terpaksa menjauhkan diri aku daripada kau dan maafkan aku kerana tidak mampu untuk membalas rasa cinta kau. Aku mahu kau bahagia. Bahagia dengan usia remaja kau. Buangkanlah perasaan cemburu kau apabila melihat aku bersama orang lain. Buangkanlah pandangan sinis kau apabila melihat aku gembira bersama yang lain. Aku berjanji aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kau. Terima kasih diatas segala-galanya. Terima kasih kerana sering membantu aku didalam kesusahan. Aku tahu niat kau baik. Mungkin aku buta kerana tidak nampak kebaikan kau itu. Maafkan aku kerana tidak dapat menerima engkau lebih dari seorang adik. Aku berharap agar kau mendoakan kebahagiaan aku. Aku sayang kau dik!
p/s: Anda tahu siapa diri ada. Terima kasih :(
I'M SORRY BROTHER

Thanks for reading.