Saturday, 15 October 2011

Tolong jangan jealous yea

10 OKTOBER 2011- MASA SANGATLAH MENCEMBURUI AKU.
Hey uoallss. Apa khabar semuaa? Hmm... Seperti tajuk entry diatas, aku sangat-sangat lah cuak bila masa amat mencemburui aku. Pejam celik pejam celik sekejap je dah pukul 12 tengah hari. And yeah! Kejap lagi aku dah nak kena pergi kerja semula. Lalalalalala... Hari-hari kerjaa~ Serius takde life kan. Sekarang baru aku rasa macam mana tidak seronoknya bila bekerja. Dulu masa aku sekolah, aku selalu sibuk nak kerja and now bila dah kerja, terasa busybody plak nak masuk sekolah semula. HAHA. Tu lah manusia. Tak pernah puas dengan keperluan yang ada. OK fine. Hari nie aku kerja closing semula. CLOSING LAGI! Kontrak closing memang dalam tangan aku sekarang. HAHA. Tapi aku tak kesah pun sebab aku rasa seronok pula kerja malam sekarang nih. Customer tak ramai. Boleh skyving lelama. WAWAWAA. Minggu nih, sehari je aku kerja time matahari terpacak atas kepala. Yang lain semua busy mengira bintang. Apa boleh buat! Nasib badan. Tapi sumpah no heart feelings ok. Bila dah kerja malam nie, seriusly aku terasa yang masa tersangat-sangatlah jealous dengan aku. Oh man! Kenapa semua nak jealous dengan aku nih?? Kenapa? Kenapa? Apa salahku? HAHAHA. Hmm... Mana taknya~ Pergi kerja pukul 2 petang. Balik pulak pukul 2 pagi. Tu pun kalau terus balik rumah lah. Kalau pergi melencong dulu, mau pukul 4 pagi baru sampai umah. See~ Bila dah balik kerja terus tidur. Kadang-kadang tu mandi pun sampai terlupa sebab mengantuk sangat. Syaitan siap menghasut lagi>> Esok je lah kau mandi Syera. HEHE. Tidur punya tidur punya tidur pukul 10 pagi baru bangun. Lepas tuh nak kena pergi kerja semula. Kan takde masa nak update blog (nak cover diri sendiri punya pasal) HAHAHAHA. Tapi best lah jugak sebab bila aku kerja malam, aku boleh jimat duit. Pergi balik ayah hantar dan ayah amik... So sesuailah dengan tema aku bulan ni. Berjimat cermat amalan mulia. HAHAHAHA. Sabooor je lah. Hmm... Okey lah. Disebabkan masa amat cemburu dengan aku, aku nak stop entry ni dekat sini. So yeah... Jumpa lagi malam nanti. Adiooos :)
MASA ITU EMAS

Thanks for reading.