Saturday, 29 October 2011

Kebahagiaan


29 OKTOBER 2011- BILA BAHAGIA MENJELMA
Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali. Just nak inform dekat sini, Hidup aku agak huru-hara dua tiga hari nie so agak takde masa sikit nak update blog. Hmm... sabar je lah kan. HAHA. Apa boleh buatt. Dah nasib badan>>> Walaupun hidup aku tak berapa nak center semenjak dua menjak nie, aku still happy. Almaklumlah hati tengah berbunga-bunga beberapa hari ni. WAWAWA. Takde lah! Gurau jee. Aku dalam mood bahagia sekarang. KENAPA AKU BAHAGIA? Aku  bahagia bila melihat orang sekeliling aku bahagia. Aku tersenyum bila orang sekeliling aku tersenyum. Aku ketawa bila orang sekeliling aku ketawa. Itu lah konsep aku sekarang. Menumpang kebahagiaan orang lain sudah cukup membuatkan aku bergembira. Aku seronok bila melihat orang yang aku sayang ketawa, tersenyum dan lain-lain. Semoga kebahagiaan sentiasa menyinari hidup kalian semua. HEE~ Nak tahu tak apa yang paling membuatkan aku bahagia? Benda yang paling memberi kebahagiaan kepada aku adalah bila orang yang aku sayang sentiasa menghargai aku, Menghormati aku dan menerima aku seadanya. Memang aku akui hidup aku memang serba serbi kekurangan. Nobody perfect kan~ Kalau korang memerlukan kecantikkan sebagai faktor untuk menyayangi dan disayangi, aku mintak maaf sebab aku mengaku memang aku tidak cantik. Jika kekayaan menjadi faktor penting, seribu kali maaf aku ucapkan kerana aku pun menumpang harta orang tua aku. Jika kesempurnaan yang diperlukan, sekali lagi~ Maaf saya ucapkan kerana kesempurnaan bukan hak milik setiap insan. Terimalah diri aku ini seadanya kerana menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada berpura-pura menjadi orang lain. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kawan-kawan aku dan aku berharap agar mereka pun sentiasa mendoakan aku. Amin!
THANK YOU

Thanks for reading.