Monday, 24 October 2011

I'm not stupid

24 OKTOBER 2011- AKU TAK BODOH!
Assalamualikum semua. Mood malam nie agak emotional sikit. Erm... Tak tahu lah kenapa>>> Mungkin disebabkan background music notebook aku kowt. HAHA. Harapan by Fazli Zainal. Laaayaaan! Aku baru jee abis tengok movie Aku tak bodoh. Rasanya dah masuk 10 kali dah aku tengok movie tu uh. Cerita dia seriously bagus untuk anak-anak remaja serta ibu bapaa yang sentiasa sibuk dengan kerja. Actually aku jealous bila tengok anak-anak yang ada full family. Ada mama, ada ayaah, ada abang, ada adik ada kakak sume sume uh. Rasa jealous pulak bila tengok ibu dan anak berpimpin tangan. Almaklumlah aku kan takde ibu. Bila cerita pasal ibu jee mesti aku sedih! Kenapa lah air mata nie asyik nak mengalir jee kan... MAMA -.- AKAK RINDU MAMA. Al-fatihah untuk arwah mama. Korang yang still ada ibu tuu, please lah respect and sayang ibu korang tu sepenuh hati ok. Jangan jadi macam aku. Bila dah takde baru nak rindu-rinduu. Time adaa tak pernah nak hargai. Kalau masa boleh diputarkan, aku tak kan buat mama aku sakit hati dengan perangai aku. Aku akan cuba untuk menjadi anak yang disenangi olehnya. Tapi aku tahu semua tu takkan terjadi. Hanya angan-angan belaka. Semoga roh mama aman disana. Amin! Back to story~ Aku paling tak suka bila orang dok guna words BODOH. Kau tahu tak bodoh tue apa??? Apa maksud bodoh tu kalau kau pandai sangat???  Hmmm... Aku dah biasa kena perkataan bodoh tuuu. Sebab dah selalu kenaa, aku pasrah dan redha jee lah. Oh yeah, Mesti korang nak tahu apa tindakan aku?? Apa lagi nak buat... Diam jee lah. Karang kalau aku menjawab... Pangpangpang (*_*) Last-last aku yang kena balik. Apa boleh buat. Nasib badan. Mungkin aku kelihatan bodoh dihadapannya tapi tidak dimata orang lain. Aku yakin aku tak bodoh. YA, AKU YAKIN kerana Allah tidak pernah mencipta manusia secara lumrahnya menjadi bodoh. Bodoh boleh diajar. Itu aku pasti. Korang jangan lah jadi macam aku okey. Membiarkan diri sendiri diperbodohkan oleh orang sekeliling. Bangkit dari kebodohan itu dan terus-teruslah berusaha untuk menjadi manusia yang pandai di mata masyarakat. Aku pasti aku boleh dan aku tahu korang semua pun boleh. Belum cuba belum tahu. Dah cuba baru tahu. Sekian, terima kasih
BODOH BOLEH  BELAJAR

Thanks for reading.