Wednesday, 19 October 2011

Giler kentang kerja rini

19 OKTOBER 2011- PENATNYA HARI NIEEEE
Hai semua. What a tired day>> Hmm... Seriously takde mood nak buat pape dah sekarang nie. Badan penat giler giler giler uh. Cuba kira ada berapa "giler" dekat situ? HAHA. Dah kira kan! So korang tahu lah yang aku memang capek banget rini. Tadi, aku dan 2 orang member aku, Si Afiq dan Pejal kena menabur bakti atau dalam bahasa simple nya bekerja selama 4 jam di McDonalds Bangsar. Hell yeah! Customer memang IN memanjang doh. Ni semua sebab promosi kupon quarter paunder with cheese. Sekali datang, 10 kupon pelanggan tu bawak. Dah la kena punch satu-satu. Naik kematu tangan aku tekan button kaunter tue. Hmm... 4 jam kat sana, memang seriously customer non-stop lah. IN memanjang... Dah lah takde runner, kaunter plak bukak 2 jer~ Sabar lah wahai hati. Tu sahaja aku mampu nak kata. Hmmm... Tapi kan, selalunya time aku kerja Bangsar, aku skyving je lebih doh. Tapi hari ni, aku nak minum air pun tak sempat. Boleh macam tuuu. LALALALA. Tepat pukul 10 malam baru lah customer kurang sikit. Apa lagi gua pun chaw lah. Tak larat dah nak kerja. Macam Nepal dah aku rasa doee. HAHA. Oh yeaa... Belum abis lagi story nie>> Lepas kerja Bangsar, aku dengan Afiq kena patah balik ke McDonalds Mid Valley untuk sambung closing. LALALALA. Jangan tak percaya yeaa. Kite kuat punya budak lahh. HAHA. Dalam pukul 11 malam barulah kami berdua sampai ke store tanah tumpah darah kami. Aik, Kenapa lambat? HAHAHA. Sebab kiteorang berdua jalan kaki. Almaklumlah save bajet hujung-hujung bulan niee. HUHU. Bukan kedekut ye sayang tapi saving. Saya ulang lagi sekali... SAVINGG! And guess what disebabkan aku terlalu penat tahap dewa dewi hari nie, aku closing C/I pun lembap giler babing. HAHA. Sabooo je lah. Selalunya kalau closing start pukul 12 tengah malam, pukul 12.30 malam aku dah boleh siapkan semua benda dah. Tapi hari nieee>>> Pukul 1 pagi pun tak settle-settle lagi. Last-last aku buat ala carte je uhh. Cincai boncaii bak kata orang cina. HAHA. Walaupun main hentam je closing tadi, BERSIH ITU SUDAH PASTI. Ayat niee lah yang paling penting aku nak bagitahu sebenarnya. HAHAHAHHAA. Now, aku dah sampai rumah and yeah... Aku memang penat. So, selamat malaam kawan-kawan :)
BILA FREE RAMAI JER YANG NAK UH!

Thanks for reading.