Monday, 17 October 2011

3 kata keramat

17 OKTOBER 2011- SAYANG, CINTA, RINDU...
Okey fine. Aku dah nak mula berjiwang dekat entry aku. Almaklumlah dah lama tak berkarya jiwangs-jiwangs nie. HAHA. So, korang kena lah terima kenyataan bahawasanyer aku memang minah jiwang. LALALA. Bagi aku... Sayang, cinta dan rindu bukanlah suatu paksaan. Kiranya tiga benda ni kena datang dari dalam hati uh. Kalau kita memaksa diri kita untuk membuat sesuatu yang kita tak suka, ingatlah>> di kemudian hari kita akan menyesal dengan setiap tindakan kita. Aku dalam dilema sekarang. Di antara perkataan sayang, cinta dan rindu... Adakah 3 perkataan ini mempunyai maksud yang sama? Aku sayang dia tapi aku tak cinta kan dia. Aku rindu dia sedangkan aku tahu aku hanya sayang dia tanpa sedikit pun rasa cinta. Memang susah sebenarnya nak buat keputusan berkenaan dengan perhubungan dalam hidup ni. Kalau tersilap membuat pilihan, aku tahu aku akan menyesal suatu hari nanti. Aku tak nak tersilap membuat keputusan. Aku tahu ada yang menyayangi aku sedangkan aku pula mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan perasaan orang itu. Berdosa kah aku? Aku cuma tidak mahu memberi harapan yang terlalu tinggi. Aku tak mahu sesiapa pun berharap untuk aku membalas perasaan cinta itu. Cinta itu terlalu indah buat aku. Pengalaman putus cinta dahulu banyak mengajar aku untuk lebih berhati-hati didalam membuat keputusan berkenaan cinta. Ya... Aku mengaku aku menyayangi ramai orang. Sayang itu terlalu subjektif bagi aku. Yang kiri aku sayang, yang kanan aku sayang, yang depan aku sayang dan yang belakang pun aku sayang. Tak salah kan untuk kita menyayangi semua orang. Tapi malangnya ada orang mensalah tafsirkan perkataan sayang aku tuee. Sayang pada mereka adalah memberi harapan. Ceeettt... Habis kalau aku menyayangi kucing aku, makna nya aku memberi harapan lah kepada kucing aku. Hell not okey! Skop sayang aku memang lah sangat luas. Sayang macam abang, sayang macam adik, sayang macam kawan-kawan, sayang macam kakak, sayang macam teman istimewa (ceeettt... yang istimewa tu slow sikit yea) HAHAHA. So, tolonglah faham. Susah sebenarnya nak jadi manusia yang bernama Syera niee. Try to know and you will know me well ;) Thank yoouu
LET'S MAKE LOVE

Thanks for reading.