Thursday, 8 September 2011

Topup pun kena cukai?

08 SEPTEMBER 2011- MAKIN POKAI LAH AKU KALAU CAMNIE
WHAT THE FUCKKK? Sorry terpaksa guna huruf besar tapi sumpah aku tak puas hati deer. Pahal nak topupp pun kena bayar cukai gaks?? Ingat McDonalds ke nak kena ada government tax? HELLL YEAAH! Ni laa faktor-faktor kenapa dosa aku bertambah. Memaki hamun benda-benda yang tak sepatutnya. Gila apa ada cukai setiap kali topup. Bangkrap aku wow! Seminggu 3 kali isi kredit. Sebulan dekat 13 kali. Pokai-pokaaaaaaai -.- Kena kerja kuat lah nampak gayanya lepass nie. HAHA. Jangan nanti nak beli seluar dalam pun kena bayar cukai jugak. Mampuuus lahh semua tak pakai baju dalam sebab tak mampu nak support harga cukai uh. Ya laah. Triumph tanpa cukai dekat RM80. Lepas cukai campur upah pekerja blablablaa... mau dekat RM100. Arghh sudaaah! Semua nak kena bayar sekarang nie. Nak air suam punn kena kuar kan 20 sen ni kan pulak nak masuk tandas kan, Sudah-sudahlah menyusahkan rakyat yee. Bukan semuanya kaya macam 'anda-anda sekalian' Renung-renungkanlah yeaaaaa
PETIKAN DARI BERNAMA
*KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.
Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.
Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.
Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.
Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.
“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan
60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. — BERNAMA
PAKAI PUBLIC PHONE JE LAH LEPAS NI

Thanks for reading.