Tuesday, 6 September 2011

Merajuk lah best kaan

06 SEPTEMBER 2011- MENGAPA WANITA SUKA MERAJUK?
Actually aku saje-saje je update pasal benda nie selepas direquest oleh seseorang. Dia tak puas hati pasal entry aku yang bertajuk TANDA-TANDA LELAKI MERAJUK. Winkwink *_*  MENGAPA WANITA KUAT MERAJUK? Ceeeettt... Dah nama pun wanita kan! Wanita dengan merajuk~ dah macam isi dengan kuku. Mana boleh dipisahkan. Hati kiteorang lembutt maaa... AHAHAHA. So, check it ouut peoplessss :)


*Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.


*Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.


*Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa syok sendiri dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.


*Wanita terlalu perasan dan mudah bermain dengan perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.


*Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap bertanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.


*Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah 'mengata dan mengutuk' Jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.


*Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.


*Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising-bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada si perempuan.


*Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika perempuan melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.


*Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada lelaki, tetapi hanya mengharapkan lelaki memberi kasih sayang itu.


*Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk. Eiii! buruk bebenor!


*Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.


*Wanita suka bertanya itu ini pada lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh lelaki. Ini membuatkan lelaki bosan untuk melayan soalan wanita itu.


*Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.


*Wanita jangan terlalu suka menunjuk-nunjukkan kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka serta ingin dilayan ala ala-ala puteri kerana kelebihan itu bisa membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

Ok. Dah puas hati kawan-kawan. Heehh... Actually aku setuju wow dengan statement daripada Encik Google di atas. Sebab aku memang kuat merajuk puun. So, aku tahu laah serba banyak kenapa perempuan kuat merajuk. HAHA.
AKU MEMANG KUAT TACINK. SO WHAT?

Thanks for reading.