Wednesday, 21 September 2011

Luahan perasaan

21 SEPTEMBER 2011- TEPAT JAM 2.30 PAGI
Assalamualaikum dan selamat tengah malam aku ucapkan dekat korang semua. Aku baru jer balik dari kerja yakni closing. Aku semakin suka dan semakin merasai keseronokkan untuk kerja pada waktu malam sekarang ini. Tak tahu kenapa tapi seriusly aku happy jer! Sekarang sudah masuk pukul 2.30 pagi. Mata still tak mengantuk dan aku rasa aku takkan tidur selagi ayah tidak membebel menyuruh aku untuk offline. Hati aku tergerak untuk meng-update blog pada malam ini. Jiwa aku kosong dan secara tiba-tiba aku jadi rindu giler dekat mama. Alangkah indahnya jika mama masih ada lagi kan~ Segala cerita, suka duka aku ditempat kerja dan perangai aku akan ku kongsikan bersama mama. Tapi sekarang itu semua hanya lah mimpi>> Aku hanya mampu merinduinya sahajaa. Malam ni aku jadi diri aku yang dulu semula. Bercakap bila perlu dan tersenyum apabila aku rasakan aku mahu. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak menyakitkan hati orang lain walaupun hati aku sendiri terluka. Nak buat macam mana kan~ Aku sendiri yang mintak semua ni berlaku. So, kena lah pandai-pandai tanggung sendiri. Kali ini aku mengalah. Surrender! Mungkin ini merupakan jalan terbaik untuk tidak memutuskan tali silaturrahim diantara sahabat. Aku harap korang semua akan happy. Pedulikan tentang perasaan aku kerana aku tahu suatu hari nanti korang semua akan pergi meninggalkan aku jua. Akhir kata, thanks for everything.
SAYA TAHU AWAK KUAT

Thanks for reading.