Sunday, 4 September 2011

Lelaki! jangan kuat merajuk

04 SEPTEMBER 2011- SIAPA SOKONG, SILA ANGKAT TANGAN
Siapa sokong saya : Lelaki lagi kuat merajuk !
Mungkin jarang kita dengar orang lelaki merajuk. Ada yang kata, kalau lelaki merajuk~ buruk sangat rupanya. Betul ke? Sebenarnya, tidak kira lelaki atau perempuan, kita semua selalu merajuk dan ingin dipujuk bukan? Kita merajuk bila kita merasa tidak puas hati atau marah tapi kita tidak meluahkannya. Kita simpan dalam hati , rasa macam nak meletup dada menahannya. Bila lelaki mula merajuk, susah juga untuk dipujuk kerana kebanyakan lelaki jarang merajuk tetapi bila sekali si dia merajuk! Aduh... pasti pening dibuatnya! Pernah tak masa korang (perempuan) chatting ngan lelaki~ tengah syok2 sembang tiba-tiba timbul pulak soalan wajib setiap kaum yang digelar lelaki.  Dia sure akan tanya “Erm... awak dah ada bf ke blum?" Kemudian bila si perempuan menjawab “Saya sudah berpunya la”~ terus zaaaaaasss... hilang lelaki tu tak balas-balas dan reply chatting perempuan tu... Lelaki tu tak reply bukan sebab internet lost connection tapi sebab si lelaki merajuk dengan si perempuan yang sudah berpunya ituu.

TANDA-TANDA LELAKI MERAJUK. 
Diam Seribu Bahasa
Pernah alami x ? Dia diam sepanjang bersama dengan pasangan. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiakannya dan anggukkan kepalanya sahaja, tanpa sepatah kata Tidak sedikit pun akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah! Dia merajuk...

Buat Tak Tahu
Ni lagi 1 masalah ... Dia akan buat tidak tahu dengan kita. jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh sahaja. Paling teruk, dia buat-buat tidak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan sahaja boleh buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Masam Muka
Tindakan yang ini ialah tindakan yang paling kita geram. Sudah la... enggan bercakap di tambah lagi dengan tarik-tarik muka masam mencuka. Tak puas hati la konon! Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang juga!

Menolak Untuk Makan Bersama
Tanda protes la kununnn ... hahaha. Bila lelaki merajuk biasanya dia enggan berjumpa kita atau face to face. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan dengan kawan saya tadi” [ walhal perut lapar... nak uji si dia, kita duduk di hadapannya sambil makan... mesti meleleh air liur dok tahan lapar. haha ]

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Tip ni lebih fokus pada pasangan yang dah kahwin kot ... Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Ingin tunjuk betapa tinggi egonya! Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana semestinya dia hanya akan buat tidak tahu sahaja! Betol ke ?

Matikan Telefon Bimbit
Ini satu lagi tabiat lelaki. Dia tidak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu, dia akan matikan telefon bimbit dan bagi alasan bateri habis. Alasan dia satu sahaja, tidak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa...bila dah rindu nanti call juga akhirnya!

Baca Surat Khabar
Bab ini sememangnya tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar itu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tidak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lebih ketara jika membaca surat khabar tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok televisyen sampai larut malam walaupun rancangan itu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia mungkin di kaca televisyen tetapi hatinya ke lain. Kita harus peka!

Hisap Rokok
Tiba-tiba tidak berhenti menghisap rokok, macam tidak pernah dapat rokok setahun dibuatnya. Apa yang pasti, bila dia hisap rokok ... aku mesti tutup hidung, tanda x suka. yelah ! aku x nak mati cepat woo ...

*Kepada lelaki di luar sana~ jangan mudah sangat merajuk dengan benda yang boleh menghalang kejayaan anda. Bunga bukan sekuntum baaaah! HAHA
TAK MACHO LAH KALAU MERAJUK

Thanks for reading.