Sunday, 11 September 2011

Kelas kau Syera

11 SEPTEMBER 2011- HARI INI HARI MAKAN
Assalamualaikum semua. Selamat malam korangs. Sorry agak lambat nak mengupdate blog untuk hari nie. Actually aku baru balik dari open house. Ya rabbi! Kenyang giler hari nie. Dari pagi sampai malam asyik makan ajeer. Alhamdulillah *_* Rezeki tuhan kan~ Hari ni aku opening LAGI! Kelaas kan. Hmm... Pagi tadi telah berlaku miss-communication dalam jadual hari nie. 3 orang datang untuk opening. Aku dah cuak tahap maksimum dah uh. Aku takut aku tersalah tengok jadual lagi. But, syukurlah memang aku yang open hari nie. Akak yang sorang lagi tuh sepatutnya closing. Kesian jugak kat dia sebab datang pagi-pagi buta kan~ Kerja hari nie memang best. Dapat pulak runner yang sememangnya laju tahap gaban. Fuhhhhhh... memang aku buli lah. HAHA. Sorry Abang Amiee :) Masuk jer time McValue Lunch, aku tukar position dengan Abang Amie. Aku dah tak mampu lagi nak bersuara disebabkan tone suara aku yang sudah menjadi sengau. So, pertukaran dilakukan. Aku jadi runner, dia pulak kaunteer. Sampai giliran aku dibuli pulaks~ OH TIDAAK! HAHA. Takde laah~ Serius Best wow! Semua benda settle. Kalau fries tak down tady kan, confirm uh semuanya akan berjalan dengan sangat-sangat lancaar. HEE... Masuk jer pukul 3.30 petang, aku dengan semangat nya punch out untuk balik. Ada sebab kenapa aku nak balik awal rini. HAHA. Sebab dia?? biarlah rahsia. LALALALA. Dah siap-siap nak balik rumah, Shamsul pulak cite gebang nak follow aku balik. Walaweyh... Mau 2 jam aku tunggu dia tady. Heeh... Nasiblah aku sayang kau! Kalau tidaak~ HAHA. Sampai jer rumah, terus bersiap-siap nak pergi openhouse rumah manager kesayangan aku. Sayang keer? Bak kata DEA. HUHU. Sebenarnya aku segan nak pergi kowt. Ya arh~ Dah beberapa hari tak bertegur sapa kan. Salah aku jugak uh. Emotional tak tentu pasal. Btw, I'm sorry. Aku pergi open house tu dengan si Shamsul, Afiq, Shahrul dan Kak Asmawati. Memang kecoh arrh sepanjang perjalanan uh. Serious best! HEE... Sampai jer dekat apartment tu, naiklah tingkat 14 pastu sampailah ke rumah yang hendak dituju. Serius banyak giler makanan sampai tak tahu nak makan apee. Than, Kiteorang duduk makan-makan, borak-borak lepas tu chaw. Dekat 2 jam lah jugak kiteorang lepak dekat sana.  Time nak balik tu, tuan rumah siap kasi tapau lagi. Winkwink *_* Terima kasih daun keladi ye abang. Otw balik uh, jumpa pulak dengan si Huzafiq, Abang Amie dengan Kak Annisha. Dorang pun otw nak pergi rumah manager tu. So, pesanan untuk si Huzafiq Mohd@  Joee... SELAMAT DAN SELAMAT BER-PLKN! HAHAHAHA
MAKAN JANGAN TAK MAKAN

Thanks for reading.