Monday, 26 September 2011

Kasih, sayang, cinta dan rindu

26 SEPTEMBER 2011- BACA NIH ORANG DEWASAA
Kasih sayang itu
menggembirakan, mengharukan, mengindahkan, menyemarakkan, menyamankan, mengabadikan, merealisasikan, melenakan, melegakan, mengasyikkan, mengenyangkan, menyeronokkan, mengubati dan membelai.

Cinta itu
menenangkan, mengharumkan, membahagiakan, melalaikan, mengabaikan, membara, memerlukan, memanjakan, membutakan, memekakkan, memberikan, menyelesakan, menyemaikan, menceriakan, merealisasikan.

Rindu itu
menguatkan, menyeksakan, menyesakkan, membunuh, menderitakan, menceritakan, mengilhamkan, senyuman, kebahagiaan, semangat.

*Kasih sayang, cinta dan rindu, langsung tidak boleh digambarkan dalam satu patah perkataan sahaja. Kegembiraan berkasih sayang, kebahagiaan dalam percintaan, kekuatan dalam merindui, sama sekali tidak dapat ditafsir hanya dengan satu patah perkataan semata-mata. Ianya adalah jauh bermakna dari hanya sekadar bait-bait perkataan yang hanya dibiarkan sendirian. Gambaran ketenangan dan kelegaan yang dirasai adalah lebih dari sekadar itu. Jika semua perkataan yang ada di dalam dunia ini digunakan juga tak mungkin dapat menafsir perasaan-perasaan yang wujud dan lahir dari hati. Tidak mungkin.

Keindahan di alam bercinta sering digambarkan umpama berada di awangan, dibelai angin lembut yang berlalu, memberikan ketenangan dalam setiap hal, keceriaan dalam setiap hari yang mendatang. Setiap kali berjauhan, perasaan rindu akan menjengah dan menguatkan lagi rasa kasih dan sayang yang wujud. Perasaan kasih dan sayang adalah lebih kepada perhubungan fizikal iaitu apa yang nampak di hadapan mata, manakala rasa cinta dan rindu lebih menjurus kepada tarikan spiritual dan naluri normal dalam berkasih sayang. Kekuatan setiap perasaan itu sedikit sebanyak memberikan impak kepada keadaan emosi dalam diri setiap individu tersebut.

Kata P. Ramlee, "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri". Pernyataan yang ringkas tapi penuh bermakna. Tidak semua yang indah itu kekal indah, ada masa ujian tetap melanda. Kebijaksanaan dan kematangan fikiran memainkan peranan dalam menyelesaikan setiap konflik yang wujud, dan kebiasaannya akan menguatkan lagi rasa kasih, sayang, cinta dan rindu dalam hati. Penyelesaian konflik bukan semudah kira-kira matematik, tetapi kesabaran satu pihak, penerimaan teguran dari pihak lain, adalah tuntutan wajib dalam hal itu. Dan sebenarnya wujudnya konflik itu bukanlah menjadi bukti ketidak serasian tetapi menjadi penguat kepada rasa yang ada di dalam dada, melainkan konflik yang wujud tidak berkesudahan maka adalah tidak mustahil perasaan itu akan terhakis sedikit demi sedikit.

Kasih sayang, cinta dan rindu. Bukan hanya sekadar perkataan ringkas tetapi adalah kesinambungan dari satu frasa kepada frasa yang lain. Dari kasih dan sayang wujudnya cinta, dari cinta lahirnya rindu. Adalah mustahil untuk meninggalkan mana-mana perkataan itu tanpa mengaitkan dengan yang lain. Dan setiap patah kata itu tidak dapat digambarkan dengan hanya bebarapa patah perkataan.
THANK YOUU

Thanks for reading.