Thursday, 25 August 2011

Semuanya ada hikmah


25 OGOS 2011- MAKNA RAYA BAGI SEORANG GADIS IAITU AKU
Bonjourr! Selamat petang saya ucapkan. OH yea, selamat berbuka puasa jugaks. HEHE. Okey! Now nak story sikit pasal makna raya bagi seorang perempuan macam aku. Tahun nie merupakan tahun yang paling tidak bermakna sekali dalam hidup aku. Dugaan datang menimpa-nimpa tanpa aku sedari. Aku tahu itu semua dugaan yang maha esa untuk aku. Aku redha ya Allah. Aku sebagai hambaMU menerima dugaaanMU itu dengan tabah. Tahun ini aku mulai dengan hiba apabila arwah mama disahkan menghidap penyakit barah paru-paru. Aku sebagai anak sulung hanya mampu beristigfar dan tersenyum kuat demi adik-adik aku. Aku tahu mama kuat menghadapi hari-hari mendatang walaupun doktor menganggarkan jangka hayat mama hanya selama 3 bulan. Aku bekerja tanpa mempedulikan letih dan penat. Aku berharap agar segala masalah di kepala aku dapat dikurangkan apabila aku sibuk bekerja. Masa berjalan dengan pantas dan apabila Februari tiba, aku dijangkiti penyakit yang paling tidak digemari ramai iaitu Chicken pox. Tuhan je yang tahu perasaan aku time tu sebab chicken pox aku boleh dikira sebagai heavy. Sedikit kegembiraan jelas terpancar apabila usiaku mencecah 18 tahun pada hari jadiku, 21 March 2011. Pada tarikh itu, aku tahu aku tidak berseorangan didunia ini. Ramai orang yang sentiasa disamping aku dan ucapan terima kasih aku ucapkan. Aku teruskan hidup aku dengan tabah. Semakin hari keadaan kesihatan mama semakin parah. Aku tidak mampu melihat keadaan mama sebegitu. Aku terus-terusan menyibukkan diri aku dengan kerja. Kerja punya kerja, sekali lagi tuhan menguji aku. Tangan kiri aku melecur akibat terkena bekas fryers fries. Parutnya masih kekal sehingga ke hari ini. Bulan ogos merupakan bulan yang betul-betul memberi tamparan hebat dalam hidup aku. Betul-betul menguji fizikal dan mental aku. Kaki aku cedera teruk akibat kesalahan aku sendiri. Satu hari kemudian, mama dimasukkan ke dalam wad kerana keadaannya yang sudah terlalu kritikal. Hanya air mata yang bertemankan kami sekeluarga sepanjang berada di hospital. Ucapan terima kasih aku ucapkan kepada kawan-kawan yang banyak membantu aku. Aku bersyukur kerana mempunyai teman yang banyak memberi sokongan dalam hidup aku. Aku pasrah dengan apa yang terjadi. Tepat pukul 10.07pm bersamaan dengan 7 Ogos 2011, mama telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku menjadi spechless. Aku merasakan dunia ni menjadi gelap gulita. Lagi sekali, aku redha dengan dugaanmu. 30 Ogos 2011~ HARI RAYA AIDILFITRI. Apa makna hari raya bagi seorang gadis seperti aku? Dapat mencium tangan ibu dipagi raya merupakan saat-saat terindah menyambut aidilfitri. Aku tahu tahun ini sudah tiada lagi gelak ketawa mama, masakkan mama dan semuanya berkenaan dengan mama. Raya kali ini hanya dapat diraikan dengan penuh hiba dan cukuplah sekadar disambut dengan serba sederhana. Sudah cukup membuat aku tersenyum apabila dapat melihat adik-adikku tabah menghadapi kehidupan. Aku kena kuat menghadapi hari-hari mendatang. Korang mungkin nampak aku bergelak ketawa, bersuka ria tapi itu semua dari luaran sahaja. Dalam hati siapa je yang tahu kan~ Doaku di pagi raya, semoga roh mama dicucuri rahmat. Amin! Semoga bulan-bulan terakhir dalam tahun 2011 ni memberi sedikit kegembiraan dalam hidup aku. Insya Allah (hanya mampu menitiskan air mata)
ENTRY YANG AGAK EMOTIONAL

Thanks for reading.