Friday, 19 August 2011

RAYA OH RAYA


19 OGOS 2011- UNTUNGLAH DAH SHOPPING RAYA
Assalamualaikum. Hey peoples. What's up? Berseorangan dirumah petang-petang jumaat ni memanglah membosankan. Family aku semua keluar bershopping untuk hari raya yang akan menjelang tiba. Erm... tahun ni, family kiteorang sambut raya ala kadar jer. Almaklumlah, first day raya merupakan hari ke 23 arwah mama meninggalkan kiteorang sekeluarga. Sedihnya nak beraya tahun nie. First year raya without mama. OMG! touchingnya. Sudah tiada gelak ketawa mama, sudah tiada masakkan mama, tak dapat nak cium tangan mama dipagi raya, dah tak dapat nak usik mama lagi. Huwaaaaarghh sedihnya. Okey fine! Aku menangis sambil taip entry nie. Aku mintak maaf yer. Aku rindu mama akuu :( Setiap kali aku bercerita pasal arwah mama, aku mesti akan menitiskan air mata. Aku selalu kata yang aku kuat tapi hakikatnya Allah sahaja yang tahu. Semoga roh mama aman di alam sana. Aminn! Back to story! Hari nie ayah off. Untunglahh kan dapat kuar pegi shopping. Sumpah aku malas nak follow uh. Mood raya memang takde. Maybe lagi 3,4 hari nak raya baru aku keluar shopping. Tu puun beli apa yang patut jer. Selalunya aku boros terutamanya time shopping raya ni, tapi tahun nie TIDAK LAGI~ Cukuplah sekadar memenuhi tuntutan di pagi raya. Aku ada dengar ceramah Dato' Dr. Fadzilah Kamsah hari tu. Beliau berkata: Raya cuma setahun sekali. Tidak salah jika membeli sekurang-kurangnya satu pasang baju raya untuk dipakai dipagi raya. So yeah! Bersyukurlah dengan apa yang ada. Aku pun tak sure lagi raya tahun nie aku kena kerja ke tak. But 99% aku rasa aku kena kerja. Maybe aku akan mintak shift malam sebab pagi aku nak teman mak dan adik-adik aku beraya. Aku tahu dorang akan sedih if aku takde. Emak dah pesan awal-awal supaya jangan kerja time raya sebab dia tak nak berseorang tanpa cucunya. Tapi nak buat macam mana kan~ Aku kan dah puas cuti time puasa. So, terpaksalah aku berkorban sikit. Selalunya arwah mama yang teman mak sepanjang raya but tidak lagi untuk tahun nie dan tahun-tahun yang akan datang. Hanya aku lah tempat mak mengadu sekarang. Aku sayang mak uh. Kalau mak takde, aku pun tak tahu lah apa akan jadi dengan kiteorang tiga beradik. Terima kasih mak!
RINDU ARWAH MAMA :'(

Thanks for reading.