Wednesday, 31 August 2011

First day of raya

30 OGOS 2011- 1 SYAWAL 1432.
Hey guys. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Hari nie aku bangun seawal jam 7 pagi. Nampak macam excited giler kan aku nak raya tapi sebenarnya hareem... Bangun-bangun jer terus mengadap handphone. Tottettottet dengan handphone sampaikan emak membebel. Sorry mother -.- HAHA. Than aku pergi mandi. Bersiap-siap untuk ke kubur arwah mama, arwah pak long dan arwah atok. Perjalanan yang panjang sebenarnya weyh. Satu kubur dekat Kota Damansara, pastu satu lagi dekat Subang dan yang paling dekat pun kubur arwah atuk dekat Section 51A nie haa... Dalam kol 12 tengah hari baru lah selesai aktiviti melawat tanah perkuburan. Sampai-sampai jer rumah, terus tetamu datang tanpa henti. Sumpah aku takde mood nak layan tetamu uh. Aku merasakan yang mood raya aku telah dibawa pergi bersama-sama dengan arwah mama. Bila teringat balik cara mama melayan tetamu time raya, aku jadi sebak dan tidak semena-mena aku menangis. Cehh... Jiwa kacau betul. HAHA. Jiran-jiran datang tanpa henti sampailah waktu maghrib. Sumpah aku penat wow. Walaupun tak buat pape kan, but still penat. Penat melayan perasaan kowt. HEHE. Secara konklusinya, HARI RAYA TAHUN 2011 ADALAH SANGAT MEMBOSANKAN. SUNGGUH TIDAK BERMAKNA BAGI AKU. KENAPA? MENGAPA? DAN SEBAB APA? AKU SENDIRI PUN TAK TAHUU. KENA TANYA APA YANG ADA DALAM HATI NIE. Kchaw :)
TAKDE MOOD NAK BERAYA

Thanks for reading.