Wednesday, 24 August 2011

Kenapa membujang yea ?

24 OGOS 2011- FAKTA KE? ENTAHLAH!
Hey semua. Assalamualaikum dan selamat petang. Posting kali nie tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Acececehh~ HAHA. Tadi kan aku ber-SMS dengan member lama yang memang sumpah lama giler babi tak jumpa. Walaweyyhh... Time zaman Pavillion aku dulu, serius memang banyak awek-awek yang berkenan dekat dia tapi sampai sekarang masih membujang lagi mamat ni uh. Kesian! Tu lah. Dulu aku nak dekat kau, kau jual mahal. Nampak tak~ Sekarang ni single mingle lah kau kan. LALALALA... Ceet, Tipu je lahh. Dah memang takde jodoh antara kita (ayat bajet dewasa) WAWAWAA. Bila cakap pasal lelaki membujang ni, aku pun pelik kenapa dorang membujang. Kadang-kadang tu muka serius handsome, badan pulak ketak-ketak, tapi still tak kahwin-kahwin lagi. Apadaaahaal hah? Korang memilih kowt sebab tu lah tak married-married sampai sekarang. Ceeehhh... Sibuk je aku nie kan. Jaga tepi kain orang. HAHA. Tapi, tadi aku ada baca satu article nie dekat google. So, check it outt~
Berikut merupakan antara sebab mengapa seseorang lelaki itu membujang
1-Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan kekasih sehingga wujud perasaan tidak mempercayai perempuan lagi.
2-Dilahirkan dalam keluarga yang porak poranda atau pernah melihat kekejaman ayah tehadap ibunya.
3-Sentiasa merasa tidak bersedia dari segi kemampuan material dan takut pasangan kecewa tidak dapat apa yang mereka inginkan.
4-Memang tidak ada nafsu tehadap perempuan.
5-Terlalu sibuk dengan pelajaran atau pekerjaan.
6-Meragui kemampuan seksualiti sendiri.
7-Merasakan lebih bebas dan senang hidup sendiri.
8-Bimbang tidak boleh membahagiakan isteri dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.
9-Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta itu tidak kesampaian, terus hilang selera untuk barumah tangga.
10-Takut tidak bahagia bila berumah tangga nanti.

Nampak tak nampak! Aku tak tahu lah betul ke tak sebab aku pun search dalam google je. HAHA. So, kepada mereka yang membujang tu... Selamat mencari jodoh lah yeaa

ENTRY BAJET DEWASA DARI AKU


Thanks for reading.