Tuesday, 12 April 2011

Sayang jer okey

12 April 2011- SAYANG? CINTA? SUKA?
Yahhooo... Aku tak jadi closing esok. Alhamdulillah! Terima kasih Cik Puan Pembuat Jadual. Saya sayang awak ketat ketat *ada gaya rempit tak?* HAHA. Thanks akak. Syera mintak maaf sangat-sangat sebab menyusahkan akak. Syera memang nak sangat rasa macam mana closing tu tapi keadaan tidak mengizinkan. Insya Allah suatu hari nanti yer. Hee... So, esok aku kena open kiosk desserts. Untuk pengetahuan korang, kiosk desserts tuh la ''favourite place'' aku -.- Erm, Favourite kerr? HAHA. Nak tak nak kena pergi jugak lahh kan. Karang kena complain lagi susahh. ''Kenapa asyik Syera jer duduk kaunter dalam?'' Contoh suara sumbang dekat McD tuh. HAHA. Maaf! Aku memang suka bahan orang sebab kalau dekat McD asyik aku jer kena bahan kan. Apa salahnyer sekali sekala aku bahan orang pulak. HAHA. Sorrryyy *_* Now nak story sikit. Apa beza diantara sayang dengan cinta dengan suka? Aku sayang budak tu tapi aku tak rasa aku cinta dia. Aku pun tak pernah suka dia. Cuma SAYANG sahaja. Adakah sayang tu bermaksud cinta? Dan adakah cinta itu bermaksud suka? HAAA.... Jawab tengok! Aku pun dah pening dah. HAHA. Hati aku tak berdebar-debar pun bila bersama dia. Selalu aku dengar orang cakap, kalau kita jatuh cinta, hati kita akan berdegup kencang *Ceh, banyak sangat tengok drama melayu la nie* HAHA. Tapi, betul ker? Kenapa aku tak rasa benda tuh uh? Bukan cinta la namanye tuu. Maybe sayang jerr. Budak tu pun cakap the same thing dekat aku. Aku harap apa yang dia cakap tu betul laa sebab aku tak nak hubungan persahabatan antara aku dengan dia musnah macam tu aje disebabkan perasaan bodoh nie. Tak terlintas difikiran aku untuk menyukai dia apatah lagi nak jatuh cinta. Tapi kalau Allah nak benda tuh jadi, aku takde kuasa nak menolak. Aku hanyalah hambaNya yang kerdil di bumi yang besar ini. Walaweyhh... Akhir kata, sayang TAK SEMESTINYA cinta dan cinta TAK SEMESTINYA SAYANG tau. Korang fikirlah sendiri. Challobetee :)

Thanks for reading.