Monday, 11 April 2011

I love my life

11 April 2011- THANK YOU FRIENDS
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatu dan salam satu malaysia *macam menteri pulak* HAHA. Hey you alls. Lama giler tak update blog kan. Erm... I'm so sorry doh. Busy tahap cipan la katakan. Takde masa nak update blog. Pagi-pagi buta pergi kerja pastu bila dah malam baru balik. Aku pun dah tak ingat rupa petang tu macam mana sebab asyik balik malam jeh *nampak beno nipunyerr* HAHA. Actually banyak benda yang menarik berlaku dalam hidup beberapa minggu nie. Honestly, I love my life. Aku bahagia dikelilingi oleh mereka yang memahami aku. Rakan-rakan yang ada untuk aku. Keluarga yang sentiasa memberi sokongan untuk aku meneruskan kehidupan. Hidup ini terasa sempurna dengan kehadiran mereka. Aku tidak perlukan boyfriend untuk mengembirakan aku kerana bagi aku, boyfriend hanya ada untuk aku semasa aku senang sahaja. Apabila aku dilanda kesusahan, mereka akan pergi meninggalkan aku. Pengalaman 'cinta monyet' semasa zaman persekolahan dahulu serba sedikit mengajar aku maksud berkasih sayang yang sebenarnya. Jangan salah memilih teman hidup kerana suatu hari nanti ianya akan menjerat diri kita sendiri. Lupakan kisah dulu... Manusia kan boleh berubah. Begitu jugak diri aku. Now, tak payah nak ada boyfriend sebab aku rasa dorang tu menyusahkan. Contoh dah ada depan mata dah. Malas nak ungkit hal 'tu' dalam blog aku nih haa. Nanti ada yang terasa susah pulak. Alahai *_* Lepas ni aku mungkin akan jarang mengupdate blog aku. Jarang update post tidak bermakna blog aku nih dah 'MATI' oke. Dia still hidup. So, jumpa di next entry la yee :)

P/s: Gambar 2011. New of me. HAHA ;D

Thanks for reading.