Sunday, 20 March 2011

Tak ada tajuk.

20 March 2011- DAH JADI PELUPA DAH SEKARANG.
(Dah 100 kali aku menguap sejak aku mula online tady) Mata aku sudah mengantuk tahap gaban dah ni sedangkan waktu sekarang belum masuk pukul 11 malam. Letih bekerja pun tak hilang-hilang lagi sampailah sekarang. Dari pagi, semua crew dah start busy sampai lah ke petang. Promotion dua big breakfast free tu memang boleh buat semua crew McD jadi giler. Especially budak kitchen. Ingat nak buat telur big breakfast tu senang ker? Makan memang lah senang, cuba buat tengok... Baru korang tahuu! Yang duduk kaunter pulak penat jari sebab tak berhenti-henti tot tet tot tet button dekat kaunter tuh. Kadang-kadang sampai naik pening tak tahu nak tekan yang mana satu. Nak tahu tak, sepanjang aku kerja McD nih, famous words aku adalah ''MAKAN SINI KE BUNGKUS?'' Walaweyhh... Dari aku mula kerja sampai sekarang memang words nih la yang aku duk ulang-ulang. Aku rasa lah kan lebih dari 100 kali dalam sehari kowt. Suka taw *__* HAHA. Korang nak tahu tak, aku ada tabiat baru semenjak dua menjak nih. Aku pun tak tahu since when aku dapat perangai nie. Gentle aku cakap yang sekarang nie AKU DAH JADI PELUPA. Ni mesti kes makan semut banyak sangat. HAHAHA. Pahal gelak doe? Aku serius tau. Korang cuba fikir, kadang-kadang aku yang amik order tapi aku lupa apa yang customer tu order. Aku yang pulang baki tapi aku tanya balik customer tu dah dapat baki ke belum. Aku yang tekan kaunter tapi aku lupa apa yang aku tekan. Aku nak amik barang dalam stor, tapi bila sampai dekat dalam stor, aku tak ingat apa yang aku nak amik. Waduhh, waduhh... Nie dah parah dah nie. Nak kata dah tua, umur baru 18 tahun. Cakap pasal umur nih kan, aku sendiri lupa yang esok hari jadi aku. Giler tak giler kan -,- Sejak aku dah tak pergi sekolah nih, gentle aku cakap yang aku memang tak amik kesah langsung pasal tarikh. Lantaklah berapa hari bulan punn. Ada aku kesah?? HEHE. Aku baru sedar yang esok birthday aku time maxis hantar SMS bagitahu yang aku dapat free call esok. Woww... Seronok banget. Tapi, nak call sape ekh? AHA... Tak perlu kata apa-apa. Siapa nak aku call dia, bagitahu okey. Sebab memang aku tak tahu nak call sape. Nak call boyfriend? HAHA. Kelakar sial -.- Aku mana ada boyfriend. Single is better. Nak call member-member satu sekolah? Semua busy dengan life after school diorang. Nak call sepupu sepapat aku? Hush, Kalau aku telefon dorang, memang dorang cakap aku buang tabiat. Tak pernah-pernah nak telefon kan. HAHA. So, biarkan jeh la dia berhabukk. So yeah, tak payah wish birthday aku esok sebab aku sendiri pun tak ingat birthday aku bila. Kalau nak wish jugak, thank you so much. I love youuuu

INI MERUPAKAN POSTING TERPANJANG AKU DI DALAM SEJARAH PENULISAN BLOG. TERIMA KASIH

Thanks for reading.