Saturday, 5 March 2011

Oh Ibu !

 05 March 2011- KASIH SAYANG SEORANG IBU.
Hello... What's up peoples? Ini merupakan second posting aku untuk hari ini. Disebabkan aku tengah bosan tahap gaban nih, aku pun pegi mengusha profile facebook orang. Habis semua aku selongkar and semua orang aku add. HAHA. Nih sume bosan punya pasal lah kan. Erm... Abang aku nih tak tahu nak mesej ke hah? Time aku kesunyian cmne tak nak pulak dia text aku. Jangan cakap kat aku yang dia MERAJUK lagi. Aku dah tak mampu nak pujuk dah uh. Haihh... Sedang aku sibuk menyelongkar facebook orang, aku terjumpa note dekat bawah nih. Sumpah aku terharu time baca. Walaupun dah pernah baca sebelum nih, aku tetap nak post dekat blog aku. Biar aku ingat benda nih sampai bila-bila. Betapa besar pengorbanan mama aku dekat aku dan adik-adik aku selama nih. So, korang pun baca la ekh !
 PENGORBANAN SEORANG IBU
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron lalu menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak. Si ibu terus membacanya. 
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA

Air mata si anak berlinangan setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu lalu memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu" Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama tulisan tangannya.

See... terharu kan bila baca. Korang tak terharu? Sumpah hati korang hati batu doe. HAHA. Konklusinya, Saya pun sayang mama saya lahh


Thanks for reading.