Wednesday, 2 March 2011

Lu pikirlah sendiri

 02 March 2011- TAK BAIK MACAM TUH !
Hello. Salam satu Malaysia. Di petang yang mulia nih, saya sebagai pemilik blog PERFECT MADNESS ingin mengucapkan selamat petang kepada semua. HAHA *poyos lebih* Okey fine! Let's take it as a serious business now. Posting kali nih nak story morry sikit pasal kegunaan blog yang sebenarnya. Tadi aku berblogwalking. Almaklumlah, dah lama tak jalan-jalankan. Seronok usha blog orang. Cantik, kemas, colourful, tiptop and story pun padat. Tapikan, yang tak bestnya ialah banyak sangat aktiviti mengutuk orang di dalam posting-posting. Kebanyakkan story yang aku baca semuanya bertujuan untuk menyakitkan hati orang @ budak yang dibenci tuh. Hesh... perlu ke berbuat demikian? Tu ke fungsi blog yang sebenarnya? Adoy... kesian dekat budak-budak yang kena kutuk tuh. Ada satu post yang aku baca nih, halamak hai... sangatlah kejam ceritanya. Sampai sanggup menyumpah seranah keturunan budak yang dibenci tuh. Walaweyh! Tak payah lah buat sampai macam tuh sekali. Kalau nak buad pun, tak payah la nak tulis nama bagai. Ni terang-terang nama budak tuh sampai nama bapak dia sekali ada. Mesti dia malu bila dia baca nanti. Mana dia nak letak muka dia? Dalam kain kau ke? Hai... Masing-masing ada otak, fikir lah baik-baik kan. Cuba kalau aku buat macam tuh dekat korang, agak-agak apa korang rasa? Mesti bengang and malu tahap gaban kan. So, cuba fikir balik apa yang telah korang lakukan tuh. Apa kebaikan dan apa keburukkan dia. Aku tahu keburukkan lebih banyak daripada kebaikannya. So, jangan jadikan blog sebagai tempat nak menghina antara satu sama lain. Tapi, kalau korang still rasa tak puas hati sangat, dipersilakan berbuat demikian tapi tak perlulah nak sebut nama budak yang dibenci itu. Korang dah besar kan. So, fikirkanlah apa yang aku cakap tuh. Sekian! Assalamualaikum.

Thanks for reading.