Friday, 18 March 2011

Lawak ke lucah ?

18 March 2011- FINAL RAJA LAWAK.
Finally, Raja Lawak musim ke 5 sudah sampai ke penghujungnya. Pada mulanya, aku memang tak minat nak tengok Raja Lawak nih, tapi dah orang duk sibuk-sibuk paksa aku tengok... Last-last aku jadi ketagih nak tengok pulak. Mesti kena tengok walau apa pun yang terjadi. Kalau tak tengok boleh mati tau (bak kata mama aku) Dahsyat tak dahsyat -.- HAHA. Final tadi macam tak berapa nak best sangat lah. Lawak dia pun kebanyakkannya macam nak sama dengan gelanggang- gelanggang yang sebelum nih. Seperti yang diketahui umum, pemenangnya adalahh MAN! Tahniah aku ucapkan okey. Persembahan dia AGAK best la jugak tadi. Ada feel time tengok tuh *__* Kiranya tidak mengecewakan lah. Layak la untuk dinobatkan sebagai juara jika nak dibandingkan dengan yang dua lagi tuh. Especially part yang musical comedy REMPIT tuh. Ada pengajaran dalam lawak dia. Macam yang orang selalu kata, kelakar-kelakar jugak, mesej tuh kena adaa. And memang aku dapat mesej dalam lawak dia tuh. Korang tak percaya? Pergi lah usha ulangan gelanggang akhir tu dekat Astro Prima. Hari-hari ulang bhai! Dah nama pun Astro kan. HEHE.


p/s: Ketawa dapat merehatkan minda daripada penat berfikir. So, rajin-rajinlah ketawa yup.

Thanks for reading.