Thursday, 16 December 2010

What is love?

 16 DISEMBER 2010- APA ITU CINTA ?
Hey peoples. Today aku nak share dengan korang pasal CINTA. Yeah... Cinta! Apa yang aku rasa pasal cinta ni. Many people loves to ask me this kind of questions. Soalan nih laa... What is love? Where is the love? Why are you not in love Syera? Dah tak laku ke kau nih? Kenapa tak couple? Kau nih player ke? Kenapa setiap kali couple tak kekal lama? Kau nih tak suka lelaki ke? And whatsoverr. Sometimes aku dah penat nak jawab soalan macam tu. Kalau aku ignore soalan korang, takut pulak korang kata aku bajet lawa pulak an. Kang tak pasal-pasal kena cop perasan HOT. Jadi gaduh pulak dekat Facebook nanti. Tak suka la cmtu uh. Okey! Now, aku nak bagitahu korang what loves really mean to me ?
CINTA ♥
Memperkatakan tentangnya nyata tidak pernah habis sampai bila-bila. Malah, pengertiannya bukan sahaja cukup luas tetapi juga terlalu subjektif untuk dirungkaikan. Ada yang kata cinta itu adalah satu kata-kata keramat sebagai tanda kasihnya diri kita kepada seseorang. Ada juga yang beranggapan cinta itu mempunyai kuasanya yang tersendiri. Apa tidaknya... Kerana cinta seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah melakukan sesuatu perkara yang berada diluar kewarasan akal fikiran. Tidak kurang juga ada yang mentafsirkan cinta itu sebagai satu kebahagiaan dan juga kesengsaraan. Jadi apa pun persepsinya, yang lebih pasti cinta pada yang maha pencipta itu bersifat abadi dan kekal selamanya. Sesungguhnya, dia yang lebih mengerti maksud cinta yang sebenarnya. Aku? Bagaimana pula dengan aku? Ke manakah cintaku tertumpah? Sebagai manusia biasa yang diberi hati dan perasaan, cintaku layak untuk sesiapa sahaja. Bagi yang bercinta sesama insan, kalian mungkin sangat bertuah kiranya cinta kalian disambut dan diterima dengan ikhlas oleh pasangan anda. Namun, bagaimana pula jika cinta kalian itu tidak kesampaian ekoran beberapa halangan yang melanda? Perlukan kalian menangis dan meraung kerananya atau jadikan semua itu sebagai pengajaran terbaik untuk memburu cinta lagi? Fikir-fikirkan dan buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga untuk kesempurnaan cinta kalian itu seadanya. Jangan sampai apabila sudah terluka, barulah kamu merasai kehilangannya... Sekian

p/s: Hebat tak ayat aku ? HAHA. Penat mengarang malam tadi uh.

Thanks for reading.