Saturday, 18 December 2010

Shopping lah sangat

17 DISEMBER 2010- KUALA LUMPUR KOTAKU.
Hey peoples. Selamat tengah malam yeah. Macam biasa aku masih tidak melelapkan mata lagi. Entah lah. Aku pun tak tahu kenapa aku susah nak tidur sekarang nih. Semalam pukul 3 baru aku tidur. Tu pun puas memaksa mata ini untuk tutup. Hari nih pulak... no komen thou. HAHA. Haa, Sebab tak boleh tidur kan, so aku nak story mory sikit. Tadi aku pegi Kuala Lumpur dengan mama, emak, Amin and Wani. Like usual, ayah tak pegi sebab ayah kerja. So, kiteorang terpaksa pergi sendiri naik binatang bergerak tuh. Alaa... LRT la ngoi. HAHA. Best jugak ronda-ronda K.Lumpur. Actually, ada la jugak something yang tak best uh. Hari nih kan hari Jumaat. So, aku rasa macam tak kena sikit nak kuar bershopping. Sumpah! Bapak ramai giler orang. Lagi-lagi kiteorang pergi time orang tengah sibuk-sibuk nak sembahyang Jumaat. Untuk kali pertama, aku tengok keadaan manusia semasa hendak menunaikan solat Jumaat. Yeah, Menggerikan doh -.- Sangat-sangat kesiann apabila aku melihat kaum-kaum Adam nih! Ada yang solat sampai tengah jalan raya and ada yang dekat tepi-tepi kedai. Kebanyakkan nya bawak sejadah sendiri sebab masjid tak cukup sejadah. Now, baru aku faham kenapa kerajaan nak memperbanyakkan masjid di sekitar ibu kota. Aku berharap agar kerajaan dapat melaksanakan pembinaan masjid-masjid baru dengan segera di bandaraya. Amin! Ouh yeah, back to stories, Aku shopping sakan laweyh. HAHA. Dah la guna duit aku sendiri kan. Sumpah kopakk! Camne nak hangout nanty nih? Duit dah abis uh. HAHA. Takpe takpe saya usahakan. Macam biasa, mama lah yang akan menjadi mangsa 'paw' saya... Nak tahu tak aku beli apa? First-first beli beg. Almaklumlah nak menggantikan beg aku yang koyak hari tuh. Alaa,yang rabak sebab tersepit dekat eskalator tuh *malas nak ingat dah* HAHA. Fine! Dah beli beg than nampak plak satu kedai nih ada jual baju-baju kartun. Opss... aku nampak tuan kedai nih pakai baju Elmo, apa lagi aku terus redah lah. Aku cakap kat orang tuh aku nak beli baju dia. Nak tahu tak dia kata apa : KAK, Baju nih dah abis *bagus pulak lah kan dia panggil aku kakak doh* HAHA. Tak kesah lah. Takde baju Elmo, aku beli baju bapak Simpsons. Tak tahu lah apa nama orang tua tuhh. Yang penting cantik dan bergayaa. I looooikkee (: Dah puas shopping, tetiba hujan pulak. Terpaksa balik. Sampai rumah, semua dah kepenatan. Hee... Tapi yang penting semua happy lah kan. Oiiitt.... sampai situ sahaja lah cerita kita. Sekian. Terima kasih. HAHA ;D

Thanks for reading.