Tuesday, 16 November 2010

We Love you Sri Aman



15 NOVEMBER 2010- LAST DAY OF SCHOOL !
Hey :) What a nice day yeah. I hope you guys happy in your life. First of all I just nak cakap GOOD BYE SRI AMAN. Yes, My one and only school! After 5 years being a 'good student', finally I'm not SRI AMANIANS anymore. But don't worry! Sri Aman will always stay in my heart. I'm proud to be one of the sri aman's brand. A special Thank you to  Sri Aman :) Okey! Hari ini merupakan hari terakhir bagi puteri-puteri form 5 SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya menjejakkan kaki ke sekolah sebelum menduduki peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) Hari ini merupakan hari yang penuh emosi bagi kami semua. Setelah 5 tahun menempuh pahit getir sebagai pelajar, akhirnya kami dapat mengakhiri sesi persekolahan kami dengan jayanya. Aku berasa sangat sangat bangga kerana menjadi salah seorang pelajar sri aman. Sesungguhnya pengalaman berada di sekolah berprestasi tinggi ini tidak mungkin aku lupakan. Aku masih lagi belajar untuk menerima kenyataan bahawasanya sesi persekolahan 2010 sudah tamat. Sijil berhenti sekolah sudah diberikan. Ini bermakna secara rasminya aku tidak lagi bergelar pelajar. Alangkah sedihnya perasaan ini! Hari ini majlis restu telah diadakan. Aku dan rakan-rakan saling bermaaf-maafan dan berpeluk-pelukkan diantara satu sama lain. Aku tidak dapat menahan air mata ku daripada tumpah apabila memeluk rakan karibku. Ya, mereka yang terbaik bagiku. Aku sangat menyayangi mereka dengan sepenuh hati aku. Sesungguhnya pengalaman berkenalan mereka merupakan pengalaman terindah aku sepanjang di Sri Aman. Terima kasih kerana sudi menjadi rakan terbaik bagiku. Semoga hubungan persahabatan kita kekal selamanya. Selain itu, kami semua turut menemui guru-guru matapelajaran kami untuk memohon restu dan meminta mereka mengikhlaskan segala ilmu yang telah mereka ajarkan kepada kami. Sekali lagi aku berasa sebak apabila memeluk guru bahasa melayu kami, Puan Fatimah. Banyak kesalahan aku kepadanya! Sesungguhnya beliau merupakan guru yang terbaik di sekolah aku. Sepanjang majlis restu diadakan, air mataku tidak berhenti mengalir. Ianya mengalir bukan disebabkan aku terlalu sedih, tetapi kerana aku gembira kerana segala kesalahanku terhadap rakan-rakan serta guru guru aku telah dimaafkan. Aku berdoa agar mereka semua berjaya di dalam kehidupan masing-masing. Sesungguhnya pengalaman di Sri Aman tidak mungkin luput dari dalam ingatan aku walaupun sesaat. Sebelum mengundurkan diri, Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada:
*My best friends ever
-Egie, Ekyn, Shuhada, Syaza
*5 Sains Fasih 2010
-I love you girls yaw .
*Teachers
- Thanks for the 'ilmu'
*Friends
-Good luck yaw!
*And all form 5's


ALL THE BEST !!

p/s: Harap maaf! Post kali ini agak beremosi sedikit -.-
Thanks for reading.