Wednesday, 3 November 2010

Say NO to love !

3 NOVEMBER 2010- PLEASE, DON'T GIVE ME YOUR LOVE.
Hey bloggers! Today was NOT my day actually. Entah lah. Tetiba rasa sedih pulak.. Sedih sebab hati ini kerap kali dipermainkan oleh mereka yang bergelar lelaki. Sebenarnya salah aku jugak. BODOH sebab cepat sangat percaya dengan lelaki. Dah terkena sekali hari tu pun still tak serik serik lagi, and now kau dah terkena lagi Syera. Terima kasih kepada ANDA kerana berjaya menyakitkan hati saya. Saya tak salahkan anda tetapi saya menyalahkan diri saya sendiri kerana terlalu cepat mempercayai cinta anda. Dan sekarang saya minta, tolong jangan ganggu saya lagi. Terima kasih. CINTA? Ada apa dengan cinta? Untuk budak yang setahun jagung macam aku ni, bukannya tahu pun maksud cinta yang sebenar. Betul lah cakap ustazah, cinta boleh buat seseorang itu gila. Cinta boleh membuat seseorang itu hilang pertimbangan, Cinta boleh membunuh dan cinta juga boleh membutakan hati seseorang. And now aku akui yang cinta memang susah. Terlalu susah sampai aku pun kadang-kadang tak mampu nak tempuhi seorang diri. Aku menyesal kerana membuka pintu hati aku untuk menerima cinta lagi. Sekarang baru aku tahu, memang mudah untuk jatuh cinta, tetapi sangat susah untuk melupakannya serta terlalu sakit apabila mengetahui hati ini dipermainkan. Ya Allah! Apa yang patut aku lakukan? Engkau kuatkanlah hati ini untuk menempuh segala dugaanMU. Sesungguhnya engkau yang maha mengetahui segala-galanya. And now I'm proudly announced that I'M SINGLE! Thank you.
Thanks for reading.