Sunday, 14 November 2010

Good Morning

14 NOVEMBER 2010- PAGI YANG SUNYI -.-
 Hey semua. Assalamualaikum dan selamat pagi! Hari ini aku bangun agak awal daripada kebiasaan. Walaupun tak boleh nak dikatakan awal bagi gadis-gadia melayu terakhir, tetapi bagi budak perempuan yang bernama Syahirah, pukul 9.00 pagi itu adalah awal. HEHE. Aktiviti pagi aku sama seperti hari-hari lain. Celik mata aje, terus basuh muka (kalau rajin pergilah mandi kan), lepas tu bodek muka aku dekat cermin untuk memastikan tiada lagi sebarang taik-taik mata yang tertinggal dan seterusnya melangkah ke PC. HAHA. Ini lah aktiviti pagi aku sekiranya aku tidak pergi ke sekolah. Hari ini hari Ahad dan aku berharap agar ayah membawa kami adik-beradik berjalan-jalan kerana aku terlalu bosan duduk di rumah. Percaya lah! aku sudah lama tidak meng-hangout kan diri aku bersama teman-teman aku. LAME GILER kot... HAHA. Okey lah. Aku akan terus merepek dan merepek di blog aku ini sehingga kebosanan betul-betul melanda diri aku dan seterusnya membuat kan aku tidur. Dah tidur kan, mana boleh update blog lagi uh. Kalau nak update blog pun boleh tapi cuma dalam mimpi je lah.. HAHA. Bye bye sayangs :)

P/S: Harap maaf ! Ayat agak SKEMA daripada biasa :D

Thanks for reading.