Tuesday, 16 November 2010

Cikgu Oh Cikgu !

 16 NOVEMBER 2010- TERIMA KASIH CIKGU :)
hey :) Selamat pagi kepada semua follower(s) and reader(s) Thanks sebab sudi drop by kat blog selekeh aku nih. HAHA. Hari ini aku telah mula bercuti sebelum aku menduduki SPM minggu hadapan. Kiranya ni merupakan minggu untuk get ready for SPM lah. Tapi macam mana nak get ready. Esok dah Hari Raya Korban. Aku nak pegi tengok lembu kena sembelih uh. HAHA :) Alah, raya korban tahun nih aku duduk rumah je. Nak berjalan camne an. Ayah kena kerja and kami sekeluarga terpaksa redha  dengan tugas ayah tu -.- But takpe lah. Duduk rumah pun okey jugak an. Boleh 'STUDY' doh. HEHEHE. Okey. Like usual, hari nih aku bangun pukul 9.00 pagi. Sebenarnya aku bukan lah nak bangun pukul 9.00 sangat uh, tapi cikgu kelas aku, Puan Zainab pulak call phone aku. Aku ingat dia nak marah aku sebab aku tak datang skolah hari nih. Bila aku loading balik otak aku an, memang hari nih hari cuti. Pahal cikgu call aku uh? Fikir punya fikir, last-last aku angkat jeh la. Gugup jugak aku nak cakap. Almaklumlah suara bangun tidur. Kantoi lah aku kalau cikgu tahu aku tak bangun lagi. HAHA. FINE! Aku angkat.
CIKGU- Assalamualaikum, Syahirah ni Puan Siti Zainab nih .
SYERA- Ya cikgu nih Syahirah nih (cover suara)
CIKGU- Kamu buad pe? Baru bangun tidur ke ?
SYERA- Ekh, tak lah cikgu. Saya tengah tolong mak saya masak. (nak tergelak)
CIKGU- Elehh, ya la tuh. Saya nak mintak tolong kamu kutip buku koko yang kita masukkan dalam fail semalam. Boleh tak ? Saya kena jaga budak SPM hari selasa nanti. Awak letak buku tuh atas meja saya.
SYERA- Haa... Ya lah cikgu. Nanti saya suruh dorang bawak hari selasa. Kejap lagi saya mesej or call dorang lah ekh.
CIKGU- Okey okey. Make sure dorang bawak tau. Saya nak rekod markah koko kamu untuk ke universiti nanti.
SYERA- Ya cikgu. Nanti saya bagitahu dorang.
CIKGU- Okey. Terima kasih Syera. Good luck SPM nanti.
SYERA- Terima kasih cikgu. Doakan saya tau.
CIKGU- Okey. Pergi study. Jangan nak online aje
SYERA- (Mana cikgu tahu aku asyik online je nihh?) Haa... Okey cikgu. HEHE
CIKGU- Bye. Assalamualikum .
SYERA- Waalaikumsalam.
*Inilah perbualan aku diantara cikgu aku tadi. Haa... sape cakap cikgu aku tak caring. Caring tau. Siap ingat kan aku study lagi. HAHA. Terima kasih cikgu :)
Thanks for reading.